Media Sosial: Hak Anda Sebagai Pengguna Dan Kesedaran Advokasi Serta Klik Dengan Bijak

27 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan program Kerajaan Sarawak bertujuan mengetengahkan Warisan Pintar. Program ini di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan kerjasama Kerajaan Sarawak selama seminggu di tebingan Waterfront Kuching.

Agenda warisan pintar ini adalah usaha untuk memberdayakan komuniti pintar terutamanya usahawan tempatan agar mengaplikasikan penggunaan digital dalam menjalankan urus niaga. Untuk menjayakan lagi program ini,

Pihak kami dijemput untuk sesi "Speakers' Corner" bersama Pusat Internet PPR Taman Malihah dan Pusat Internet Kampung Telaga Air di Restoran Magenta, Square Tower untuk memberi taklimat mengenai Media Sosial: Hak Anda Sebagai Pengguna dan Kesedaran Advokasi serta Klik dengan Bijak.

Peserta adalah terdiri daripada pelajar Centexs Kuching serta kakitangan Yayasan Sarawak. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan tajuk yang berlainan serta perkongsian Klik dengan Bijak.

Selain itu, pelajar dapat mengetahui tentang kesedaran penggunaan internet dengan bijak dan selamat agar mereka lebih terdedah kepada keselamatan dan ancaman daripada internet terutamanya media sosial.

Dengan tema Memberdayakan Komuniti Pintar, pameran anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak ini dimeriahkan dengan 40 booth Agensi Kerajaan, 42 booth komuniti setempat, dan 80 gerai jualan makanan dan minuman sepanjang seminggu penganjuran.

Antara topik-topik KDB dan Advokasi yang dikongsi adalah:
1. Pengenalan - Fungsi MCMC
2. Internet & Media Sosial
3. Jenayah Siber - Buli Siber, Siber Grooming, dan Penipuan Kewangan.
4. Hak & tanggungjawab perlindungan
5. Perkongsian melampau
6. Maklumat palsu
7. Penipuan kewangan
8. Keganasan siber
9. Keselamatan komputer
10. Kawal selia kendiri
Aktiviti sokongan:
• Sesi perkongsian pendapat dan soal jawab.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali